Akaun versatileacademy.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.
Sihat seisi keluarga dengan suplemen menguatkan antibodi badan

Panggilan untuk para ibu berkerjaya yang risau dengan kesihatan seisi keluarga

Sejak pandemik melanda dunia, kerisauan kita sebagai ibu dan isteri pasti bertambah untuk memastikan tahap kesihatan diri sendiri dan ahli keluarga kita berada dalam keadaan yang baik.

Rutin sedia ada terus bertambah jika diri sendiri dan ada antara ahli keluarga mempunyai masalah kesihatan yang memerlukan perhatian khusus antaranya:  


  • anak yang mengidapi masalah athma, alergi atau lemah antibodi kerap selesema, demam dan batuk berpanjangan
  • suami atau diri berasa kerap letih, sakit-sakit sendi atau sakit belakang 
  • ibu ayah atau mertua yang mempunyai masalah diabetes atau darah tinggi 
  • diri sendiri ada masalah wanita seperti pusingan haid tidak teratur atau keputihan berpanjangan


Pasti kita buntu memikirkannya...



Saya mama Azu seorang pensyarah di kolej swasta dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak yang mempunyai 3 orang cahaya mata, 2 daripadanya adalah anak kelahiran pramatang. Kisah bermula apabila anak pramatang pertama saya mengalami jaundice tinggi sehingga perlu melalui proses pertukaran darah untuk menyelamatkannya. Selesai proses tersebut, bermulalah episod mencabar saya untuk memastikan tindak balas kesesuaian darah baru dengan misi untuk menambahkan berat badannya sebelum dibenarkan keluar daripada NICU. Berumah tangga di wad NICU tiada istilah 'confinement' untuk saya, saya tidur duduk di sebelah baby cot untuk memastikannya berada dalam keadaan stabil dan selesa.


         



Hari keluar NICU berat badanya hanya 2.1kg. Selepas discharge daripada NICU, episod menjaga dan mengasuhnya sangat mencabar walaupun saya mempunyai pengetahuan dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak. Risiko Apnea padanya memerlukan saya membuat penjagaan rapi dan pemantauan khusus yang sangat tinggi sehingga kebiasaan saya tidur duduk sepanjang di wad NICU berlarutan sampai anak saya berusia 6 bulan dan saya perasan anak saya ini mula alami masalah alergi dan ekzema sehingga tempoh hampir 3 tahun, krim Aquos menjadi keperluan utamanya. 


        


Menginjak usianya mencecah 3 tahun setengah anak saya diklasifikasikan sebagai pesakit athma kerana demam, selesema, kerap batuk berpanjangan dan mengalami kesukaran bernafas. Keluar masuk hospital dan rawatan ubatan di klinik adalah rutin harian saya sepanjang membesar dan mengasuhnya. Sehingga kini usianya bakal masuk 8 tahun ini. 


Apabila pandemik melanda, fasa pkp merupakan mimpi ngeri yang menakutkan untuk saya kerana dia kerap mengalami 'athma attack' berulang kali dan sangat bergantung kepada ubatan-ubatan hospital.

    


Usah ditanya hati dan perasaan seorang ibu apabila melihat kesusahan dan beban kesihatan yang perlu ditanggung oleh anak sepanjang tumbesarannya. Pasti kita buntu memikirkan ikhtiar yang sesuai untuk mengatasi masalah anak dengan pelbagai cara moden juga tradisional. Jika terfikir untuk mencuba produk suplemen yang ada di pasaran tetapi macam-macam persoalan bermain di fikiran kita..

  • ada kelulusan KKM ke?
  • selamat dan berkesan ke?
  • harganya ok ke tidak?
  • cara pemakanannya senang ke susah?
  • nak beli di mana?
  • ada penjimatan harga tak?
  • dan banyak lagi persoalan yang timbul dalam pemikiran kita..


Begitu juga saya... Pelbagai usaha dan ikhtiar saya dan suami usahakan untuk membantu anak agar dapat mengelakkan dirinya mendapat 'athma attack' yang berulang kali, saya mahu melihatnya sihat dan menikmati dunia kanak-kanaknya dengan ceria seperti kanak-kanak seusianya.


Saya dapatkan advise dan mula cuba suplemen vitamin C, multivitamin, Arabic gum dan macam-macam termasuklah suplemen berjenama luar negara, tapi mungkin belum diizinkan Allah ia sesuai untuk anak saya, sehinggalah rakan sepejabat saya mencadangkan saya mencuba suplemen keluaran tempatan kerana beliau sendiri telah menggunakannya untuk anak-anak beliau. 


Saya cuba suplemen yang dicadangkan dengan pembelian 1 botol sahaja dulu. Alhamdulillah saya nampak sedikit perubahan padanya. Saya teruskan pengambilan suplemen tersebut untuknya dan banyak perubahan demi perubahan padanya yang saya dapat lihat. Dia tidak lagi kelihatan mencungap penat selepas bermain-main dengan adik-adiknya. Kekerapan selesema dan batuk juga semakin berkurangan. Malah jika dia mendapat selesema ia tidak seteruk sebelumnya yang boleh trigger dirinya mendapat 'athma attack'.


Alhamdulillah saya rasa bersyukur sangat kerana Allah izinkan suplemen ini sesuai untuk anak saya sehingga kini masih meneruskan penggunaannya. Saya kaji serba sedikit mengenai suplemen ini dan saya dapati ramuan yang digunakan adalah gabungan yang bertepatan sesuai dengan tujuan ia dihasilkan iaitu memberi alternatif kepada ibu bapa yang mengalami masalah kesihatan paru-paru dan antibodi lemah seperti anak saya. Pada saya tiada hadiah paling besar dalam kehidupan kita sebagai ibubapa selain melihat anak-anak sihat dan membesar dengan gembira. 


Pada ibubapa yang sedang mencari-cari suplemen yang sesuai untuk anak-anak yang kerap selesema, batuk, masalah athma atau lemah antibodi, dengan rendah hati saya ingin cadangkan para ibubapa mencuba suplemen diffenz junior keluaran Eskayvie atau dikenali sebagai vitamin Pak Nil.

Harga suplemen pun sangat berbaloi tapi manfaatnya memang optimum..

Pakej harga juga ada pilihan samada:

  1. Single 1 botol  (untuk cuba pertama kali)
  2. Twin 2 botol  (harga jimat)
  3. Harga istimewa (hubungi 


     


Selesai kerunsingan saya untuk anak saya... Alhamdulillah..



Berbalik kepada keadaan saya, 



Mungkin kesan daripada tidak berpantang dengan sempurna, saya lasak menguruskan anak-anak, saya mula mengalami sakit belakang yang agak ketara sehingga saya disahkan mengalami spondilolithesis dan slip disc.